Slot

Sunday 2 November 2014

Jihad (2) : Malaysia dan Ideologi


*Buku hanyalah gambar hiasan, tiada kena mengena dengan ulasan dalam entry ini.
*Pembacaan entry ini memerlukan anda membaca entry sebelumnya. Sila rujuk entry Jihad (1)
*Baca sehingga habis entry ini dan jangan tertinggal tiap frasa didalamnya

Bismillah.
Dalam entry yang lalu, dibincangkan beberapa perihal definisi pada frasa Jihad dan ke arah penghuraian seribu satu bentuk sosio-islam di mana golongan ulama' memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti Islam dalam arena bangsa Malaya kita hari ini. Tujuan mereka adalah untuk mengembalikan syariat islam bermula dari dalam negara mereka sendiri.

Ya.
Mungkin ramai yang janggal dengan frasa Islam pada waktu sekarang. Ternyata Belanda dan British berjaya menjajah minda kita dari generasi ke generasi. Penjajahan ini berterusan sehingga kita lebih mengagungkan ideologi dalam konsep-konsep pemerintahan Sosialis (eg. Soviet Union, Russia), Liberal (eg. U.S.A, Korea Selatan), Komunis (eg. China, North Korea), Reformis (eg. British Labour Party) dan Nasionalis (eg. Indonesia)

Pemerintah mahupun Parti Pemerintah mesti kena ada ideologi sebagai wadah aturan pemerintahan mereka. Kita lihat contoh-contoh di atas bukan sekadar konsep biasa-biasa. Sebenarnya, ideologi politik ini mengajar konsep pemerintahan yang berbagai.

Di Malaysia,
Perhatian kita dapat direntakkan dengan beberapa kumpulan dan individual yang mahu membawa perubahan dan masing-masing dengan agenda ideologi mereka masing-masing. Ramai rakyat kita di kampung dan pedalaman tak tau apa benda ideologi ini.

Lantas, penulis akan menjelaskan ideologi-ideologi ini bagaimana terlentar di persada Malaya


Sosialis

Sosialis di anggap ideologi bermasalah besar kerana menjadi perkara kepada yang runcing kepada Aqidah sang penganut Islam. Ideologi ini halal dibawa masuk dek kerana semangat demokrasi semata-mata. Sosialis merupakan satu konsep pemikiran organisasi sosial dan ekonomi.

Ditubuh di Malaysia 1998, (7) tahun selepas kejatuhan empayar Soviet Union, Parti Sosialis Malaysia (PSM) cuba membawa impak baru kepada negara dek kerana kegagalan parti-parti sedia ada untuk mengatasi parti penguasa, BN. Namun 1998 itu, mereka masih gagal didaftarkan atas faktor 'mengancam keselamatan negara'. Lantas, ia bergerak bersama dalam Democratic Action Party (DAP) pada era reformasi 1999 dan pada 2004 dan 2008 bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kesannya calon mereka telah berjaya bertanding atas tiket PKR serta memenangi satu (1) kerusi parlimen pada PRU 13 pada 2008. Juga beberapa calon mereka di masuk-tandingkan atas tiket bebas. Mereka tidak bersama dalam Pakatan Rakyat (PR)

Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Sebelumnya itu, Parti Rakyat Malaysia (PRM), merupakan sebuah parti yang dibawa oleh golongan sosialis pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) yang terdiri daripada PAS, KeADILan, DAP dan PRM. PRM ini lebih kepada sosialis yang di inspirasikan oleh Soekarno dari Indonesia. Mereka ini masih lagi wujud dimana pada 2003 mereka dipersetujui untuk bergabung dengan KeADILan menjadikan nama Parti Keadilan Rakyat pada hari ini.

Tahun 1990, di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahadhir Mohamad, dua orang bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abd Rahman dan Tun Hussin Onn kembali ke Rahmatullah. Kedua-dua almarhum ini meninggal dalam keadaan tidak berjuang bersama UMNO. 1987 di zaman konflik UMNO sangat kritikal membawa kepada dua 'team' iaitu Team A (Pro-Mahathir) dan Team B (Anti-Mahathir) sehingga membawa kepada perpecahan dengan penubuhan Semangat 46 (1988-1996).

Ku Li dan TGNA suatu ketika dahulu

Kembali kepada topik Sosialis. Untuk pengetahuan semua, ideologi pemerintahan sebelum kedatangan Tun Dr. Mahathir adalah bersifat Nasional-Sosialis. Kebebasan bersuara, kelestarian platform-platform pidato dari kampus, demonstrasi dibiarkan sebagai agenda untuk menyebarluaskan nada baikpulih kerajaan. Akhirnya, impak besar diterima, pelajar-pelajar menuntut ilmu di pusat-pusat pengajian secara tanggungan kerajaan.

Bahkan, konsep UMNO dahulu dilihat lebih mesra rakyat berbanding UMNO baru pada hari ini. Maka, tidak hairanlah mengapa pada tahun 70-an, teramat rasional PAS bergabung dengan UMNO.

Secara keseluruhan, PSM, PRM, DAP antara parti-parti sosialis yang pernah turun di Malaysia berjuang melawan ideologi Nasionalisme yang bersifat perkauman.

Namun, nilai PSM ini lebih kepada Sosialis yang melawan sistem Demokrasi serta mengagungkan ikon seperti Karl Marx, Vladimir Lenin, dan Joseph Stalin yang merupakan orang-orang yahudi yang merancang stratergi dengan membanyakkan ideologi bagi menutup Islam. Mereka ini bahkan membawa konsep ala komunis dan bahkan meletakkan kepala kerbau dalam pejabat mereka ibarat barang sembahan kepada ideologi mereka. Ini yang dikatakan amat membahayakan Aqidah namun masih di perhalalkan dengan cara. Contoh komunis ini adalah seperti negara China.

Berbeza dengan PRM dan DAP yang mana sekalipun mereka berideologi sosialis, mereka masih mendokong demokrasi Malaysia secara terpimpin. PRM merupakan Sosial-Demokrat manakala DAP merupakan Sosialis Pragmatik. Mereka-mereka ini tidak bersetuju dengan pemikiran komunis seperti PSM. Sekalipun ia agak tidak elok untuk disertai umat Islam, namun pemimpin Islam masih menerima mereka dengan baik lagi kerana menerima nilai demokrasi dan perlembagaan dan lebih terarah kepada budaya negara berkebajikan.

Liberal



Agenda liberalisasi adalah agenda yang amat biasa dan terbuka di mata kita. Lihat negara seperti U.S.A adalah negara yang terang menggunakan sistem liberal moden ini. Mereka bertemakan frasa 'Bebas dan Sekata'. Bebas bersuara. Bebas melakukan apa sahaja. Hak sama rata untuk semua.

Ideologi ini telah difatwakan mufti sebagai sesat. Namun sebahagian dari kita menukarkan frasa menjadi mesra islam iaitu Islam Liberal. Konsepnya tetap sama, tetapi hakikatnya ia telah menjadi sekular dek kerana menetapkan Liberal dan Islam pada titik yang berbeza.

Di Indonesia, wujud parti-parti politik yang mendokong liberalisme dan juga wujud parti-parti Islamik Liberal.

Hakikatnya, fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Di Malaysia, kebanyakkan ideologi ini wujud dalam PKR. Penulis bukan berniat memusuhi mereka. Namun, kita jelas, perkara yang salah tidak boleh didokong. Justeru itu, pencegahan perlu dilakukan bagi mengatasi kelemahan ini. Ternyata Presiden PKR tidak mampu mengatasi masalah ini sendirian. Lambakkan golongan Islamik Liberal dan Sosialis di dalam PKR membuatkan mereka berbagai pemikiran yang akhirnya merosakkan akidah mereka sendiri. Tidak dinafikan ia boleh berlaku dalam parti-parti lain di Malaysia seperti BN dan sebagainya.

Reformis





Reformasi adalah satu gerakkan yang mahukan perubahan total kepada ideologi sedia ada. Mereka digelar ejen pengkritik dan pembidas. Menyoroti kepada ideologi Reformisme ini, ia merupakan satu ideologi yang mahukan perubahan kepada nilai sosialis yang asal. Akhirnya, sosialis berpecah dua (2) satu kepada komunis dan satu kepada Sosial Demokrat. Golongan reformis inilah penyumbang asal kepada penubuhan Sosial Demokrat. Namun sehingga kini, parti-parti bersifat reformis ini masih berhaluan kiri kepada kerajaan.

Reformisme juga pernah dilakukan oleh pemimpin di Iran. Malaysia, menjadi laungan sang pemimpin bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan PKR secara keseluruhannya membawa reformis ini kepada satu ideal tersendiri. Namun, ia lebih kepada bersifat individualisme. Reformis hanyalah alat bagi membawa DSAI sejak era reformasi 1999. Kita terpalit dengan sejarah itu.

Nasionalisme
Nasionalisme adalah sebuah ideologi berkebangsaan. Patriotisme pula nilai kecintaan tanah air. Dalam erti kata lain, tanpa patriotime, nasionalisme tidak lengkap.

Adapun racialisme ini bererti, kepercayaan (ideologi) dipergantungkan keatas bangsa. Konsep racialisme ini dikategorikan dalam ideologi Nasionalisme sebagai Racial Nationalisme atau Ethnic Nationalisme.

Ia merupakan konsep taksub dan percaya kepada kebolehan sesuatu bangsa, warna kulit, sivik, budaya, konservatif, jantina, liberal, mahupun agama yang meletakkan mereka bersifatkan 'asabiah' (berpuak-puak).

Di sini, antara negara yang berpegang kepada konsep ini satunya ialah Indonesia, zaman Nazi dan ya Malaysia kelolaan UMNO. Namun dalam UMNO konsepnya di Islamik sedikit. Untuk diperlihatkan di Islamik lebih banyak, bolehlah lihat kepada ISMA (secara mereka sedar atau tidak). Dalam perjuangan di negara-negara ini diperlihatkan perjuangan bangsa yang kritikal melebihi nilai-nilai yang lain.

Islamisme
Konsep Islamisme ini adalah konsep yang suci Islam semata-mata dalam pembawakan ideologi ini. Inilah Jihad yang dibawa oleh islam untuk mengenetepikan ideologi-ideologi yang datang dari pulusuk dunia. Oleh itu, golongan/kumpulan Islamisme ini digelar Gerakkan Islam. Sama seperti Ideologi yang lain, mereka juga punya ketokohan, jaringan antarabangsa dan sistem ekonomi dan sosial, Islamisme ini juga merupakan ideologi yang akan penulis buka (LIHAT ENTRY SETERUSNYA) agar pembaca faham, Islam ini membawa ideologi untuk menentang ideologi dan menguasai dunia.

Makan nantikan entry: Jihad (3) : Gerakan Islam dan cabaran.