Slot

Saturday 18 October 2014

Gerhana dan Blood Moon : Ancaman Golongan Judais dan Kristian

"Dan tidak ada yang menghalangi Kami (Allah) untuk mengirimkan tanda-tanda, melainkan kerana ia (tanda-tanda itu) telah didustakan oleh orang terdahulu. Dan Kami (Allah) telah berikan kepada Samud unta betina itu (sebagai tanda) yang jelas, tetapi mereka berlaku zalim kepadanya (unta betina itu). Dan Kami (Allah) tidak memberikan tanda-tanda itu melainkan untuk menggerunkan (amaran)." Al- Isra' [Ayat 59]

Kenyataan Allah disini difokuskan kepada frasa akhir pada ayat surah Al-Isra' ini iaitu TANDA-TANDA dan MENGGERUNKAN (AMARAN).

Maka apabila Allah tunjukkan kekuasaannya, itu adalah petunjuk sebagai amaran. Mengapa Allah nyatakan sebegitu?

Minggu lalu, sekitar 8 Oktober 2014, telah berlakunya gerhana bulan. Gambar-gambar dan video-video yang disebar cukup meluas di laman-laman sosial Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Whatsapp dan berbagai-bagai lagi.

Sebenarnya, gerhana bulan inilah amaran daripada Allah.
Begitu jua gerhana matahari dan lintasan tahi-tahi bintang serta komet.
Ianya adalah tanda-tanda kekuasaan Allah.



8 Oktober ataupun bersamaan 13/14 Zulhijjah.
Memang manusia boleh mengira bila akan berlaku gerhana-gerhana ini.

"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;" Ar-Rahman [Ayat 5]

Ianya ternyata gerhana-gerhana ini segala gerak susun aturan matahari dan bulan boleh dikira secara saintifik melalui ilmu falak. Sungguh pun begitu, gerhana matahari menurut ilmuan falak menyatakan bahawa ianya adalah perkara biasa.
Adapun, gerhana bulan ini sebenarnya perkara yang luar biasa.

Paling kerap Gerhana Bulan berlaku menurut perkiraan adalah 1 TAHUN = 2 KALI.
Paling kurang Gerhana Bulan berlaku pula adalah 4 TAHUN = 1 KALI.
Kebiasaannya Gerhana Bulan berlaku adalah 2 TAHUN = 1 KALI.

Bukan tiap bulan berlaku gerhana.
Normalnya Gerhana Bulan akan berlaku sekitar 13, 14, dan 15 pada mana-mana bulan Islam.
Ketika bulan penuh.
Ia berlaku di pertengahan bulan. Bukan diwaktu awal atau akhir bulan.

Yang berlaku pada awal atau akhir bulan adalah Gerhana Matahari.
Paling kerap Gerhana Matahari berlaku menurut perkiraan adalah 9 TAHUN = 1 KALI
Paling kurang Gerhana Matahari berlaku adalah 30 TAHUN = 1 KALI.
Kebiasaannya di Malaysia berlaku 30 TAHUN = 1 KALI.

Kalau umur hayatnya 90 tahun ++, pasti paling kurang boleh melihat 3 siri Gerhana Matahari.

Sedikit fakta secara rasional ilmu falak,
kebanyakkan hidupan (manusia, haiwan dll) begitu pesat nafsu (makan, genetik dll) dari awal 1 haribulan sehinggalah pertengahan bulan. Namun, setelah daripada itu berlaku, menuju ke akhir bulan, nafsu mereka akan menurun.

Bulu mereka akan melebat dari awal bulan sehingga pertengahan.
Menuju ke hujung bulan, dia akan mengurang bulunya.

Inilah juga antara asbab, mengapa Aiduladha / Hari Raya Korban dilakukan pada waktu-waktu sedemikian. Ianya di kemuncak maksimum kenafsuan haiwan. Bukti dikorban dalam keadaan sihat.

Baiklah kembali kepada realiti entry ini.
Penulis telah menganalisis bersama tokoh falak tempatan berkenaan tragedi Gerhana Bulan yang berlaku pada 8 Oktober lalu selepas sebelum ini telah berlaku sekitar April 2014.

Apakah isunya?

Bagi paderi-paderi kristian dan pendeta-pendeta yahudi, mereka menganggap gerhana yang berlaku pada 2014 dan 2015 adalah FENOMENA MENAKUTKAN yang mereka gelarkan ia sebagai BLOOD MOON (Bulan berdarah).


Cuba google website berikut:

http://www.pray4zion.org/thecomingbloodmoons.html
http://christianity.about.com/od/whatdoesthebiblesay/fl/Blood-Moons.htm
http://www.cbn.com/cbnnews/insideisrael/2014/February/Divine-Sign-for-Israel-Hagee-Explains-Blood-Moons/
http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_Moon_Prophecy

Mereka telah berkumpul bagi menyaksikan tragedi Gerhana ini dari persisir pantai Filipina. Mereka (para paderi dan pendita) telah mencatatkan sejarah Gerhana Bulan ini ribuan tahun lamanya. Bagi mereka, Gerhana Bulan yang berlaku pada waktu ini adalah petanda buruk bagi mereka bangsa yahudi.

Mengapa mereka takut sendiri?? -Itulah persoalannya-



Lantas, setelah melihat gerhana ini, paderi-paderi kristian telah mendesak Parlimen Britain merestui kewujudan negara Islam Palestin.

Ingat. Ini desakan. Apabila mereka mendesak bererti apa?

Bahkan, Parlimen Israel bersetuju untuk memanjangkan tempoh gencatan senjata ke atas Palestin.

Lihatlah. Apakah yang terjadi sehingga mereka berasa sungguh takut, gerun, hanya kerana isu gerhana ini? Ianya seringkali berlaku?

Kerana mereka telah mencatatkan sejarah setiap daripada Gerhana dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku ribuan tahun lalu.

Ternyata mereka lebih memahami firman Allah, Surah Al-Isra' ini lebih dari anggapan kita. Sehingga ke usaha di mana mereka mengkaji sedalam-dalamnya peristiwa setiap Gerhana

Allah beri amaran kepada bangsa yahudi:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur." [Surah Ibrahim: Ayat 5]

Dalam kebencian mereka kepada Allah, dia tetap takut dengan janji-janji Allah.

Dalam kajian ilmuan falak, antara siri-siri gerhana yang akan datang ialah:

Gerhana Matahari

20 March 2015 : Gerhana Matahari di benua Eropah.
4 April 2015     : Gerhana Bulan berlaku di Malaysia.

Maka jaraknya 15 hari. Ini menimbulkan persoalan dan syak yang tinggi dari puak Yahudi dan Kristian.

Jadi Gerhana ini adalah apa?

1. Peringatan dari Allah
2. Amaran Allah
3. Bukti kekuasaan Allah.

Kerana itu kita disunatkan mendirikan Solat Sunat Gerhana.

Suatu ketika dulu...
Bagi bangsa arab quraisy, apabila berlaku gerhana bulan, mereka menyembah dan memuja bulan.
Apabila berlaku gerhana matahari, mereka menyembah dan memuja matahari.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah." [Fussilat: ayat 37]
Inilah firman Allah kepada bangsa Arab Quraisy. Namun, mengapa dari signifikant ini dilihat bangsa arab quraisy menyembah gerhana ini?

Ini kerana bagi arab quraisy, sejarah membuktikan bahawa selepas gerhana, akan berlakunya perubahan cuaca iaitu sama ada berlakunya banjir besar ataupun kemarau panjang. Kerana itu mereka amat takut dengan gerhana.

Sebenarnya, memang benar secara hakikat selepas gerhana, akan berlakunya perubahan cuaca.

Kes di Johor, 48 Jam selepas gerhana, hujan lebat berlaku dan angin kencang. Berlaku tragedi pada jejambat apabila papan iklan jatuh menghempas kereta, Kuala Lumpur kebanjiran, begitu juga di Bukit Mertajam. Di Australia, penerbangan kebanyakkan di batalkan. Itu belum dikira dari Jepun dan Korea.

Kerana itulah, kita disunatkan bersolat gerhana. Doanya sarat mengharapkan keampunan dan menjauhkan daripada bala'

[TetradofBloodMoons.jpg]


Gerhana juga merupakan RAPTAI KIAMAT berdasarkan ayat Allah:

"Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?", Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama (Matahari dan bulan bertemu di barat)," [Al-Qiiamaah : ayat 6-9]
Ayat 8 menyatakan bulan hilang cahayanya bererti bulan tidak pulih-pulih bermaksud gerhana bulan.

Ayat 9 pula menyatakan matahari dan bulan dihimpun bersama iaitu Matahari dan bulan bertemu di barat. Gerhana Matahari juga satu situasi yang sama dimana matahari dan bulan di garisan yang sama.

Itulah bererti raptai kiamat.

P/S:

  • Ini bukan seperti pendedahan Freemason atau Illuminati yang terkenal di merata laman Youtube yang bertajuk The Arrival.
  • Penulis melangsaikan kajian ini bersama tokoh ilmuan falak, Ust Hanafiah.
  • Penulis mengharapkan kebijaksanaan pembaca menilai dengan hikmah.



-Hasiff Al-Idrisiyyah-

No comments:

Post a Comment