Slot

Sunday 26 October 2014

Jihad (1): Perjuangan Islam di Malaysia


*Dijemput untuk membaca sehingga tamat dan dibaca setiap petikan dalam entry ini. TQ

  • PENDAHULUAN


Islam dan perjuangan adalah sesuatu yang sebati sejak dahulu lagi.
Hari ini, perbezaannya ialah kita lebih lenggang dan medan perjuangan adalah berbeza.
Namun, berintipatikan sesuatu yang sama.

KUASA & KEPIMPINAN

Oleh itu, pelbagai cara yang telah digunakan oleh Islam sejak zaman-berzaman bagi melunaskan perjuangan yang disemai dalam Al-Quran yang dijadikan sebuah kewajiban; disebut sebagai jihad.

Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani).

JIHAD didefinisikan sebagai sebuah perjuangan yang perlu (WAJIB) dilakukan oleh orang-orang Islam bagi memenangkan Islam dan menjadikan sumber-sumber Islam sebagai panduan bernegara.

Perlu difahami dalam konteks pendefinisian, Islam seringkali memilih jalan aman lebih utama dari peperangan. Dalam erti kata lain, peperangan itu adalah jalan terakhir. Dalam keadaan yang lain, Islam juga mewajibkan sebarang serangan berbentuk peperangan terhadap Islam, perlu ditentang dengan peperangan sebagai hak mempertahankan diri (Islam diserang, kita wajib serang semula).

Meletakkan jihad dalam Islam sebagai sesuatu yang extrimis oleh orang-orang bukan Islam dari seluruh dunia ternyata sebuah kepalsuan dunia kerana mereka lebih ekstrim menyerang negara-negara Islam pada hari ini.

Lantaran itu, di bumi Malaysia, nilai jihad telah dicerakinkan dari konteks peperangan dek kerna wujud ketidakwajaran dalan hal sebegini.

(Saya menafikan kehendak perjuangan kumpulan Hizbu Tahrir yang begitu vokal dengan frasa jihad menghendakkan peperangan sebagai sunnah Nabi SAW)

Para pembaca, 

Cuba perhatikan bagaimana Nabi SAW tidak memilih jalan peperangan sebagai satu-satunya jalan. Baginda cuba untuk membuat perjanjian keamanan tanpa dihirau risiko yang bakal berlaku kerana tawakkal baginda SAW. Perjanjian Aqabah, Hudaybiyyah, Piagam Madinah dan banyak lagi yang diselindungkan sang sejarah yang tidak akan kita ketahui. Juga, biarpun mereka sebangsa Arab, mereka tetap tidak mempercayai sesama mereka.

Juga perlu difahami pembaca, kategori jihad yang dihuraikan penulis merupakan Jihad A'mm (jihad yang mencakup segala aspek kehidupan baik yang bersifat moral maupun material, terhadap diri sendiri maupun terhadap orang lain. Jihad ini dilakukan dengan mengorbankan harta, jiwa, tenaga, waktu, dan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Jihad ini adalah menghadapi musuh berupa diri sendiri (hawa nafsu), setan, ataupun musuh-musuh Islam (manusia).



  • MALAYSIA BUMI BERTUAH
Bumi ini yang dikurniakan Islam sejak kehadiran sang Parameswara.
Sehingga diberitakan atuk nenek moyang kita ini, pada ketika itu melaksanakan syariat Islam dengan perlaksanaan cukai-cukai Islam (Zakat dan Jizyah) dibuktikan dengan hukum-hukum kanun dan penemuan batu bersurat.

Hakikatnya, atuk nenek moyang kita telah pun merasai nikmat bernegara Islam. Bahkan bumi ini juga merupakan sayap Islam di zaman Khilafah empayar Turki Uthmaniyyah.

Namun, seawal 1511, era kejatuhan Islam telah pun berlaku dimana pejuang kristian dari Portugis menerpa peperangan ke atas bumi malaya ini.

Portugis yang bersama dengan Sepanyol dimana membuat perjanjian melebarkan empayar yang melihatkan Portugis menyerang ke arah Timur sementara Sepanyol ke arah barat. Sebab itulah Filipina adalah mangsa serangan Sepanyol. Dan Malaysia adalah mangsa serangan Portugis. Ya, mereka memang bertujuan untuk sebar Kristian di Tanah Melayu pada waktu itu kerana di catatkan secara sejarahnya, mereka-mereka inilah yang melancarkan serangan bagi menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia.

Sejarah pejuang - pejuang Islam di Tanah Melayu bahkan bermula sejurus selepas itu dengan perkara-perkara yang dibawa Belanda dan British iaitu mengenalan cukai. Pada waktu itu, Ikhwanul Muslimin masih tidak wujud. Empayar Uthmaniyyah masih tegak berdiri biarpun kian rapuh.


Antara pejuang-pejuang Islam di zaman itu adalah Tok Janggut dan Haji Abd. Rahman Limbong. Boleh lihat capaian diberikut.
http://iniceritakita.wordpress.com/2008/11/07/tok-janggut-antara-cukai-feudalisme-dan-nasib-dunia-islam/

Ulama' di Tanah Melayu ini merupakan sang pejuang yang begitu lantang menentang sistem-sistem yang pada hari ini kita agungkan. Apa yang hendak di hairankan kerana secara metamatik dan ekonomi, kita lebih 'bijak' dari sang perencana sistem-sistem Islam sekaligus kita menolak dari membayar zakat sebaliknya kita berusaha seluruh keringat untuk membayar cukai.

Inilah kefahaman yang disilapkan. Yang British dan yahudi serta kristian telah lakukan bagi umat Islam meraikan sistem duniawi mengenetepikan sistem Allah.

Ulama'-ulama' lampau telah melakukan pelbagai usaha bahkan menubuhkan platform bagi bersatu menentang penjajahan. Antaranya ialah Sarekat Islam (SI) sebagai gerakkan Islam yang pertama di Tanah Melayu tahun 1920-an di Beserah, Pahang sebagai cawangan gerakan Islam Sarekat Islam di Indonesia yang ditubuhkan pada 1909. Inilah telah bukti yang dipadamkan oleh British dan Belanda yang tersemat di dalam muzium mereka dan hanya berjaya didedahkan mutakhir ini sahaja.

Amat hebat Islam ketika itu, di mana hubungan baik kerajaan Melaka dengan Empayar Uthmaniyyah telah pun wujud biarpun tidak diceritakan dalam buku sejarah kita. Namun inilah hakikatnya.
https://www.facebook.com/TarbiyyahKreatif/photos/pb.227195590743869.-2207520000.1409753682./519638248166267/?type=1&permPage=1

Kewjudan mereka ini bahkan di lihat lebih awal daripada kewujudan Ikhwanul Muslimin yang menjadi Gerakan Islam paling utuh dan padu sekitar 1928 dengan jutaan mehnah dan tribulasi.

Akhirnya, barisan ulama' telah mengisytiharkan penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu selepas persidangan dilaksanakan Mac tahun 1947. Mereka telah pun melihat ketika penguasaan British pada kali ini mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan seisinya. Antara lain, mereka masih kekal mahu memperkukuhkan elemen ekonomi dan sosial bangsa melayu serta mereka melihat, UMNO gagal memberikan manfaat kepada orang Islam.


Dan inilah yang menjadikan UMNO amat gerun kepada Hizbul Muslimin yang sah ditubuhkan sekitar Mac 1948 dan seterusnya menjadi seteru UMNO. Pada tahun itu juga, sebuah dakwaan oleh pihak British bagi mengharamkan Hizbul Muslimin dengan mengaitkan mereka bersekongkol dengan komunis.

Disini saya tunjulkan bagaimana para pejuang Islam bersungguh-sungguh di Tanah Melayu bagi memastikan Islam Tertegak semula di atas muka bumi. Sungguh bertuah kita dikurniakan Ulama'-Ulama' berjuang Islam, setidak-tidaknya bumi ini tidak dikristianisasi secara total.

Penerangan penulis selepas ini akan merungkai nilai jihad pasca-kemerdekaan agar kita memahami larik-larik perjuangan ini. InsyaAllah.

http://www.pas.org.my/v2/index.php/berita-kenyataan/2582-ulama-dan-gerakan-islam-dalam-sorotan-perjuangan-kemerdekaan

Hassif Al-Idrisiyyah

No comments:

Post a Comment